tag:blogger.com,1999:blog-32404496637693230512024-03-12T21:21:33.551-07:00Kenapa Susah HamilKetahui bagaimana atasi masalah susah mengandung dengan izin Allah.Unknownnoreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-3240449663769323051.post-56109784509232712532012-10-05T17:05:00.000-07:002019-05-28T09:08:10.735-07:00Faktor susah mengandung

Dalam
keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid.
Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku seperti biasa, seseorang itu tidak
dijamin akan mengandung. Bila seseorang itu mengalami masalah anovulasi,
dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk mengandung
sebab tidak ada telur untuk disenyawakan.

Jika
seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu
oligovulasi, peluang mengandung akan semakin berkurangan kerana proses
ovulasi jarang berlaku. Anda perlu ingat bahawa kitar haid yang tidak
teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam
badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa
kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah,
penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.

Teringin Nak Hamil? Klik Sini!

Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3240449663769323051.post-39319986273266086402012-09-29T22:25:00.002-07:002019-05-28T09:09:57.827-07:00Kenapa susah mengandung?

Apakah Simtom-simtom Bagi Anovulasi atau Masalah Gangguan Ovulasi?

Pada
kebiasaanya, wanita yang mengalami anovulasi akan mengalami kitar haid
yang tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung
didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun
lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah gangguan
ovulasi.Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu
dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat
berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah
gangguan ovulasi.

Tak faham?

Ok,
contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada
bulan berikutnya adalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk
dalam 'normal range', tetapi oleh kerana jaraknya sangat berbeza, ia
juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi.
Sebenarnya terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah
gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan ini
jarang-jarang berlaku.

Teringin Nak Hamil? Klik Sini!

Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3240449663769323051.post-44686197410807934952011-06-28T11:01:00.000-07:002019-05-28T09:10:58.343-07:00Petua kesuburan

Tahukah anda bahawa ketidaksuburan adalah suatu masalah yang biasa didapati dalam mana-mana komuniti masyarakat. Menurut National Center for Health Statistics(NCHS), US, diangarkan bahawa 4.5 juta pasangan di US mengalami masalah ketidaksuburan setiap tahun. Kurang dari 2 juta daripada pasangan-pasangan ini yang mendapatkan bantuan khidmat nasihat dan rawatan kesuburan dari mana-mana pusat rawatan kesihatan. Ia adalah kurang dari separuh. Dari jumlah tersebut, 90% daripada mereka dapat dikenalpasti masalah-masalah yang dialami melalui diagnosis yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang fertiliti.

Hampir setiap orang mempunyai atau pernah mengenali sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga, rakan sekerja, jiran tetangga atau mana-mana individu yang mengalami masalah kesukaran untuk mendapat zuriat. Terdapat juga dikalangan mereka yang pernah mengandung, tetapi mendapati bahawa mereka gagal dalam cubaan untuk mengandung seterusnya selama beberapa tahun. Ketidaksuburan adalah masalah yang sangat peribadi. Perasaan malu, rendah diri dan tertekan mungkin telah menghalang pasangan-pasangan ini dari mendapatkan khidmat nasihat dari mana-mana pusat rawatan. Ia juga mungkin disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang bila dan di mana untuk mendapatkan rawatan. Bahkan ada yang cuba menafikan bahawa mereka ada sebarang masalah masalah kesuburan.

Susah Hamil? Klik Sini!

Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3240449663769323051.post-42927612472090947422011-06-28T10:48:00.001-07:002019-05-28T09:13:21.012-07:00Punca susah mengandung

Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca susah mengandung yang utama dimana ia menyumbang kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan dikalangan wanita.

Apakah Anovulasi?

Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari. Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali lagi wanita hamil. Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan. Jika proses ovulasi tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku kadang-kadang tidak, maka ia dikenali sebagai oligovulasi. Sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut adalah dikenali dengan nama 'Kitar Anovulasi'. Kedua-dua proses anovulasi atau oligovulasi adalah antara jenis-jenis gangguan ovulasi yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.

Susah Hamil Tapi Teringin Nak Anak? Klik Sini!

Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3240449663769323051.post-35152569412719965082011-02-01T07:12:00.000-08:002019-05-28T09:13:05.344-07:00Petua untuk mengandung

Ini adalah berita baik bagi mereka yang belum dikurniakan cahaya mata.

Sebanyak 15 kaedah untuk mengesan hari-hari subur bagi meningkatkan peluang mengandung telah didedahkan. Sesuatu yang sangat-sangat jarang diketahui oleh semua orang. Semuanya didapati dari sumber-sumber kajian saintifik seperti buku rujukan luar negara dan jurnal-jurnal perubatan.

Kaedah tersebut diberi dalam bentuk laporan percuma setebal 23 mukasurat yang sangat praktikal bertajuk ‘Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’. Beberapa orang ibu telah memberikan pengakuan ikhlas mereka bagaimana dengan report percuma 23 mukasurat tersebut, dengan izin Allah swt mereka telah berjaya mengandung anak pertama.

Mahu Hamil? Klikjer!

Unknownnoreply@blogger.com