Faktor susah mengandung

Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku seperti biasa, seseorang itu tidak dijamin akan mengandung. Bila seseorang itu mengalami masalah anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk mengandung sebab tidak ada telur untuk disenyawakan.

Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu oligovulasi, peluang mengandung akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku. Anda perlu ingat bahawa kitar haid yang tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.


Teringin Nak Hamil? Klik Sini!

Kenapa susah mengandung?

Apakah Simtom-simtom Bagi Anovulasi atau Masalah Gangguan Ovulasi?

Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami anovulasi akan mengalami kitar haid yang tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah gangguan ovulasi.Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi.

Tak faham?

Ok, contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada bulan berikutnya adalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk dalam 'normal range', tetapi oleh kerana jaraknya sangat berbeza, ia juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi. Sebenarnya terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan ini jarang-jarang berlaku.

Teringin Nak Hamil? Klik Sini!