Petua kesuburan

Tahukah anda bahawa ketidaksuburan adalah suatu masalah yang biasa didapati dalam mana-mana komuniti masyarakat. Menurut National Center for Health Statistics(NCHS), US, diangarkan bahawa 4.5 juta pasangan di US mengalami masalah ketidaksuburan setiap tahun. Kurang dari 2 juta daripada pasangan-pasangan ini yang mendapatkan bantuan khidmat nasihat dan rawatan kesuburan dari mana-mana pusat rawatan kesihatan. Ia adalah kurang dari separuh. Dari jumlah tersebut, 90% daripada mereka dapat dikenalpasti masalah-masalah yang dialami melalui diagnosis yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang fertiliti.

Hampir setiap orang mempunyai atau pernah mengenali sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga, rakan sekerja, jiran tetangga atau mana-mana individu yang mengalami masalah kesukaran untuk mendapat zuriat. Terdapat juga dikalangan mereka yang pernah mengandung, tetapi mendapati bahawa mereka gagal dalam cubaan untuk mengandung seterusnya selama beberapa tahun. Ketidaksuburan adalah masalah yang sangat peribadi. Perasaan malu, rendah diri dan tertekan mungkin telah menghalang pasangan-pasangan ini dari mendapatkan khidmat nasihat dari mana-mana pusat rawatan. Ia juga mungkin disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang bila dan di mana untuk mendapatkan rawatan. Bahkan ada yang cuba menafikan bahawa mereka ada sebarang masalah masalah kesuburan.


Susah Hamil? Klik Sini!