Punca susah mengandung

Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca susah mengandung yang utama dimana ia menyumbang kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan dikalangan wanita.

Apakah Anovulasi?

Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari. Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali lagi wanita hamil. Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan. Jika proses ovulasi tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku kadang-kadang tidak, maka ia dikenali sebagai oligovulasi. Sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut adalah dikenali dengan nama 'Kitar Anovulasi'.  Kedua-dua proses anovulasi atau oligovulasi adalah antara jenis-jenis gangguan ovulasi yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.

Susah Hamil Tapi Teringin Nak Anak? Klik Sini!